KARNIVAL EMPING 2011: Peluang Keemasan untuk Warga Kemaman !!!
Biasanya karnival besar-besaran dibuat di kawasan bandar atau tempat yang mempunyai penduduk berkapasiti tinggi. Namun, Karnival Emping 2011 anjuran Pemuda UMNO Kemaman ini julung kalinya akan dilaksanakan di tengah bendang sawah padi di Kg. Dadong, Air Putih, Kemaman.
Program 3 Hari 2Malam ini padat dengan pengisian yang penuh bermakna buat semua. Jom kita lihat aturcara program program tersebut;
KHAMIS 28 JULAI 2011
2.00 ptg Pendaftaran Peserta Perkhemahan ARP
Pendaftaran Peserta Kembori 4×4 Kemaman
Pendaftaran Peserta Pameran & Jualan
7.00 malam Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana di Masjid Dadong
9.30 mlm Perlawanan Futsal Kategori Terbuka
Tayangan Skrin Besar Perlawanan Malaysia Vs Singapore
JUMAAT 29 JULAI 2011
*8.00 pg : Pameran & Jualan hasil Pertanian
: Pertandingan Nasyid
*9.00 pg : Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak TBK
*9.30 pg : Perasmian Gelanggang Futsal Kg. Dadong
: Perlawanan Futsal Pilihan Pej. Menteri vs Pemuda
*10.00pg : Tadarus Al Quran di Masjid Kg Dadong
: Perasmian mini MAHA – Pejabat Pertanian
: Perarakan masuk Peserta 4 x 4 Emping Challenge
: Perlepasan Peserta Kayak dan Berakit dari Jambatan Kg
Teladas ke Kg Dadong
: Pertandingan Menumbuk Emping, Pertandingan Kacau Kubang
*11.00pg : Pelepasan anak tuntung oleh Y.B Menteri Belia dan Sukan Malaysia di tepi Sg. Dadong
*11.30pg: Majlis Perasmian Rakan Muda Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2011
*2.00 ptg: Jamuan Rakyat di Perkarangan Masjid Dadong
*3.00 ptg: Pertandingan Gubahan dan Masakan Tradisional
*9.00mlm: Majlis Perasmian Karnival Emping Dadong, Kemaman 2011 oleh Y.B Menteri Belia Dan Sukan Malaysia
*9.30mlm: Persembahan Pentas – Artis : Hattan, Ramli Sarip, Zarina AF2 dan Raja Lawak
SABTU 30 JULAI 2011
*8.00pg : Sukaneka & Sukan Rakyat
*9.00pg : Explorace Dadong
*10.00pg: Perlawanan Akhir Futsal Terbuka, Bawah 18 tahun, dan Bawah 12 Tahun
*2.00 ptg: Majlis Penghargaan dan Meraikan Pemanah Olimpik Negara
*3.00 ptg: Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup
Program ini boleh dianggap sebagai satu aktiviti yang cukup bermakna kepada golongan muda kerana akan melibatkan sebahagian besar orang muda di samping golongan dewasa. Pelbagai aktiviti yang menarik akan disediakan bagi menarik tumpuan terutama golongan belia yang sedia ada. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak kerajaan untuk melahirkan generasi belia yang aktif dalam penglibatan bersama masyarakat dan agensi kerajaan. Karnival ini juga bertujuan untuk menghidupkan kembali aktiviti tradisional yang hampir lupus ditelan zaman dan dilupai oleh masyarakat kita khususnya.
RASIONAL
Sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri Terengganu terhadap minat dan kehendak golongan muda.
Bagi membuktikan bahawa pertubuhan dan organisasi belia masih relevan serta berfungsi sebagai wadah penyatuan masyarakat dan pembentukan jati diri golongan belia.
Mempertahankan idealisma dan semangat kesukarelaan yang ditanam di dalam pertubuhan belia.
Menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu di atas segala bantuan yang telah disalurkan ke tabung pembangunan golongan belia.
Usaha penerapan pembangunan Modal Insan berasaskan kepada elemen kepimpinan dan pembangunan nilai-nilai Islam Hadhari.
Merapatkan hubungan di antara golongan muda dengan golongan dewasa dalam menjayakan sesuatu program besar.
3. OBJEKTIF
Membentuk kerjasama berpasukan di antara semua badan dan pertubuhan belia dalam mengadakan aktiviti secara bersama.
Menghimpunkan seluruh warga belia dalam satu acara sambutan bagi menyatakan kekuatan dan sokongan terhadap dasar kerajaan negeri.
Memberi galakan serta semangat kepada penggerak-penggerak pertubuhan belia untuk terus memberi sumbangan kepada pergerakan belia di semua peringkat.
Memberi peluang kepada pemimpin untuk bertemu dengan rakyat jelata.

