“Saya masih ingat lagi ketika saya berada dalam tahanan ISA ketika proses peralihan kuasa Tun Dr Mahathir kepada Pak Lah, arahan pertama dari Anwar adalah menyerang peribadi Pak Lah.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata beliau tidak hairan dengan langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan strategi menyerang peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia sememangnya amalan yang sentiasa digunakan Anwar untuk mengalahkan musuhnya selama ini.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Pemuda PKR menegaskan Anwar kini sebenarnya dalam keadaan cukup tersepit terutama melihat agenda 1Malaysia yang dibawa Perdana Menreri semakin diterima rakyat.
Apatah lagi tambah beliau dalam keadaan pakatan pembangkang yang sedang bergelut dalam masalah dalaman Anwar tiada pilihan untuk mengguna strategi menyerang peribadi pihak lawan.
“Ini sememangnya amalan strategi yang digunapakai Anwar. Sebab itu saya tidak hairan kalau dia mula arahkan jenteranya serang peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Inilah pendekatan Anwar, matlamat menghalalkan cara”, katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tentang mesyuarat Majlis Tertinggi PKR yang dipengerusikan Anwar kelmarin.
Pada mesyuarat itu menurut Zulkifli, Penasihat PKR itu menasihati ali-ahli mengenai strategi baru untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri.
Lokman seterusnya percaya strategi Anwar ini akan memakan dirinya sendiri kerana rakyat tidak boleh dibohongi sepanjang masa.
Tindakan Anwar yang selalu mengamalkan politik serang peribadi ini juga kata beliau lagi selalunya tidak mengenal mangsa.
Difailkan dalam: Isu Semasa
Dato' Ahmad bin Said









berpendapat bahawa perlantikan seseorang spt Datuk Seri Anwar Ibrahim sbg Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah merupakan ‘JALAN BELAKANG PENGUASAAN SECARA LANGSUNG’ ke atas Menteri Besar Selangor. HalimTuah menambah bahawa ianya adalah perlantikan ‘DERHAKA’ yg membelakangi DYMM Sultan Selangor yg berkuasa melantik Menteri Besarnya sendiri! DAULAT TUANKU!