Bagan Pinang : Biarkan Pas Buat Apa Saja Untuk Tutup Malu Besar


Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur –  “Biarlah Pas buat apa saja untuk tutup malu mereka sebab kalah besar, fokus kita sekarang hanya untuk balas kepercayaan pengundi Bagan Pinang yang beri kemenangan kepada kita”, demikian menurut Ketua Pemuda UMNO Telok Kemang, Mohd Faizal Hj Ramli.
Tegasnya sudah menjadi tabiat Pas yang sukar terima kekalahan walaupun hakikatnya jelas pengundi Bagan Pinang menolak mereka.

“Pas akan buat sahaja sebab mereka bukan saja kalah tapi kalah dengan majoriti besar.  Ini helah saja kaitkan undi pos, kalau menang mereka senyap”, katanya kepada laman webPemuda di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Pas untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan Piang atas dakwaan berlaku penyelewengan undi pos.

Jelas beliau lagi pembangkang tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menghormati keputusan dan sentiasa bermuhasabah diri.

“Kita tak mahu buang masa.  Biarkan Pas nak buat apa.  Yang penting sekarang kita nak buat kerja nak membalas amanah an kepercayaan pengundi.

“Pengundi pilih kita sebab mereka yakin hanya BN yang boleh membela nasib mereka bukan seperti pembangkang yang hanya pandai cakap kosong”, ujarnya.

Pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinan yang baru lalu, calon BN, Tan Sri Isa Samad menang besar dengan majoriti 5,345 undi.

Tan Sri Isa memperolehi 8,013 undi, manakala mengalahkan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar hanya mendapat 2,578 undi.

Tinggalkan Jawapan