Penyatuan semula UMNO Terengganu bermula.

Oleh: Mohd Hisham Bin Hj Zubir

Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu, saya dan jawatankuasa Pemuda UMNO Kemaman merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Ketua UMNO Kemaman yang merupakan Ahli Parlimen Kemaman dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery b. Cheek kerana telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu semalam.

Setinggi-tinggi tahniah juga kepada Setiausaha BPUNT baru yang disandang YBM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan Bendahari Abdul Rahin bin Dato’ Mohd Said.

Pengumuman yang telah YB Dato’ Seri Hishamuddin selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu semalam memberi suatu dimensi baru kepada politik Negeri Terengganu. Dengan dibantu oleh YAB Dato’ Ahmad Said, sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, disamping kepimpinan yang baru dilantik serta sokongan dari Ketua-ketua Bahagian, diharapkan segala kemelut yang melanda Negeri Terengganu akan berakhir. Bermulalah era kebangkitan semula UMNO Negeri Terengganu. Semua pihak harus mula mencongak bagaimana untuk berdiri sama tinggi, berjalan beriringan dan berlari sama laju untuk sama-sama mentadbir UMNO Terengganu.

Berilah peluang untuk YB Dato’ Seri Hishamuddin membantu meredakan keadaan. Rakyat sudah mula muak dengan segala apa yang berlaku dalam kepimpinan negeri, rakyat ingin melihat Negeri Terengganu terus maju, tidak kira siapa yang menjadi pemimpin, berilah ruang untuk YAB Dato’ Ahmad Said membuktikan kepimpinan beliau. Sama-samalah kita membantu, tidak perlu ada dua nakhoda dalam satu kapal, tidak perlu ada dua general dalam satu batalion tentera. Taatlah pada ketua yang satu selagi ianya melakukan yang terbaik untuk rakyat Terengganu.

Kini Dato’ Ahmad Said memimpin, bantulah beliau sebagaimana Dato’ Ahmad pernah membantu kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar dengan menjadi “hulubalang” Tan Sri Wan Mokhtar. Sokonglah beliau sebagaimana beliau menyokong kepimpinan YB Dato Seri Idris Jusoh, laungkanlah sekuat hati slogan “Merakyatkan Pembangunan” sebagaimana beliau laungkan “Gelombang Biru” suatu waktu dulu. Yang pasti pemimpin silih berganti, tapi UMNO akan kekal di bumi Terengganu ini. Insya ALLAH.

Wasalam.

Mohd Hisham Bin Hj Zubir
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman,
merangkap Ketua Penerangan Pemuda UMNO Terengganu

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.