Aktiviti Pemuda UMNO di Manek Urai


Oleh S.A Najmuddin

menek uraiKuala Lumpur — Pemuda UMNO mempunyai jadual yang padat bersama penduduk di Manik Urai sempena program prihatin pergerakan itu yang akan bermula Jumaat ini.

Menerusi program tersebut, Exco-exco Pemuda UMNO pusat akan bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing dan akan terlibat dengan pelbagai program yang telah diatur bersama penduduk setempat.

Antara program berkenaan ialah bengkel khas membaiki motosikal bersama bekas juara Cub Prix Kebangsaan, Wazi Abdul Hamid, ziarah peti-peti undi serta gotong royong membersihkan surau di sekitar perkampungan berkenaan.

Selain itu, turut diadakan ialah pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasonal (BN) yang akan disempurnakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohamed.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO Malaysia turut mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan Belia Manik Urai.

Pada sebelah malam pula, Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin akan bersama penduduk setempat dan akan turut dimeriahkan dengan kehadiran jemputan khas, mantan Ketua Pemuda UMNO yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Program Pemuda prihatin akan berakhir pada hari Sabtu sejurus selesai gotong royong membersihkan surau serta jamuan makan tengah hari.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.