PKR: Cakap banyak, kritik babi buta, retorik dan hanya bombastik.


Pilihanraya

Sekadar bercakap banyak, mengkritik itu ini, semua yang dilakukan kerajaan serba tak kena, ayat retorik tersusun dengan kata-kata bombastik yang sedap didengar sedangkan selama mereka diberi mandat mentadbir negeri, tiada apa-apa yang dilakukan. Itulah PKR, pimpinan Anwar Ibrahim.

Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti berikutan perletakan jawatan wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin atas alasan ingin memberi tumpuan kepada pengajiannya dan juga untuk menjaga nama baik parti berikutan siasatan SPRM terhadapnya menimbulkan persoalan. Apa yang menjadi tanda tanya, kelangsungan daripada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, telah enam pilihan raya kecil mengekori dan malangnya tiga daripadanya diakibatkan oleh kelemahan dan kesalahan moral pemimpin yang telah dipilih sebagai wakil rakyat.

Bermula dengan tindakan Wan Azizah yang sengaja meletak jawatan bagi membolehkan Anwar Ibrahim bertanding diikuti oleh Adun Bukit Selambau, V. Arumugam yang juga membuat tindakan sama berikutan masalah moral dan lanjutannya adalah tindakan Fairus.

Keputusan rakyat mengekalkan sistem pilihan raya yang ada di Negara ini adalah keputusan yang amat besar ertinya kepada kehidupan ataupun warna demokrasi yang utama.

Justeru, ia bukanlah satu alat dalam permainan untuk mengekalkan populariti atau menguji dan menarik perhatian masyarakat yang sememangnya impikan kebahagian dan ketenangan berterusan.

Rakyat bukan hanya mahu mengundi semata-mata, sebaliknya mereka inginkan imbuhan daripada pilihan yang telah mereka buat bukan sahaja dari segi pembangunan setempat tetapi juga mengambil kira kebajikan dan keperluan yang seringkali melingkari kehidupan.

Namun malangnya, tindakan yang dilakukan oleh pakatan campuran adalah sebaliknya apabila mengambil mudah hal-hal pentadbiran dan pembangunan sebaliknya menjadikan pilihan raya kecil sebagai satu alat untuk mempopularkan mereka.

Apa yang perlu disedari, sepanjang 12 kali pilihan raya umum berlangsung, rakyat bebas memilih tanpa compromise on free choice (citizen can remove the regime and change the system as the government is not impervious to public choice).

Dari segi nilai demokratik (democratic value) Malaysia boleh berbangga dengan pencapaian tahap tertentu bagi penjalanan pilihan raya yang bebas dan adil.

Namun begitu, ia bukanlah tiket untuk mempergunakan rakyat yang mempunyai kuasa memilih bagi terus-terusan dihidang dengan pilihan raya sedangkan pembangunan yang dijanjikan tidak terlaksana.

Sistem mudah atau “simple first past-the-post system” yang digunapakai masih dianggap relevan bagi menentukan legitimacy dalam pemilihan rakyat Malaysia yang layak mengundi mendapat kebebasan sepenuhnya untuk membuat pemilihan.

Tetapi ini bukan bermakna pilihan raya mesti dibuat setiap tiga bulan sekali tanpa memberi peluang kepada rakyat menilai peningkatan dari wakil rakyat yang dilantik.

Dalam Negara yang mempunyai struktur masyarakat, budaya dan agama yang berbeza seperti Malaysia, kemenangan melalui pilihan raya yang boleh dicapai melalui sistem first-past-the-post ini ialah suatu cara yang mampu berdaya saing dengan pembangkang atau pencabar.

Namun begitu, apa maknanya pilihan raya sekiranya ia tidak setimpal dengan apa yang dilakukan iaitu pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit yang boleh dialihkan kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Sehubungan itu, fikirkanlah dengan kembali kepada asas dan tujuan utama kenapa pilihan raya perlu diadakan dan bukan sengaja diwujudkan untuk permainan dalam politik sebeleh pihak sahaja sedang yang menjadi alat adalah rakyat tempatan.

Fikir-fikirkanlah!!!

Baca di UMNO Online

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.