Salam Perkenalan: Ketua Pemuda UMNO Kemaman


KP KemamanAssalamualaikum w.b.t

Salam perkenalan kami ucapkan kepada semua pelayar laman ini. Izinkan kami memperkenalkan diri untuk sama-sama melayari dunia siber. Kami akan memastikan kehadiran kami secara beradab tanpa ada niat untuk menjadi pembela yang membabibuta atau hakim yang menghukum tanpa bicara.

Alhamdulillah, setelah terbentuknya barisan baru Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, beberapa garis panduan dan program telah dirangka. Antara satu yang menjadi keutamaan ialah memulakan laman pemuda ini.

Seperti yang kita sedia maklum, keutuhan UMNO Bahagian Kemaman memang dicemburui oleh pihak pembangkang yang sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan ikatan ini. Cemuhan, cacian dan tuduhan yang sentiasa dilemparkan kepada pimpinan UMNO Bahagian dan Pemuda menjadi asam garam perjuangan.

Sebagai ahli umno yang tulin, kita perlu perkuatkan jati diri, ilmu dan berfikiran waras. Jangan sesekali terpaut dengan dongengan pihak lawan yang sentiasa menggangu gugat keharmonian kita. Segala cemuhan dan sindiran perlu diperhalusi. Sekiranya benar, perlu kita baiki dan ucapkan jutaan terima kasih kepada pengkritik.

Sebenarnnya kami faham bahawa para pengkritik masih menyayangi parti UMNO, kalau tidak masakan sanggup membuang masa dan wang ringgit hanya semata-mata untuk mengkritik dan mencemuh parti ini. Saya selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman ingin sekali lagi merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada yang sudi memasuki laman kami untuk memberi pandangan, kritikan malah cemuhan.

Insya ALLAH, segala ingatan kami jadikan panduan untuk memperbaiki gerakan Pemuda UMNO khasnya dan UMNO Bahagian Kemaman amnya. Kami mengalu-alukan sebarang pandangan dari tuan puan bagi merubah UMNO kembali menjadi satu-satunya wadah perjuangan bagi orang Melayu dan Islam di Malaysia. Percayalah kekuatan bangsa Melayu akan menjadikan semua bangsa di Tanah Melayu ini hidup aman sentosa seperti mana yang kita kecapi dahulu.

Sekian untuk kali ini. Terima kasih.

Wasalam.

Mohd Hisham Bin Hj Zubir

Ketua Pemuda UMNO

Bahagian Kemaman,

Terengganu.

Comments
4 Responses to “Salam Perkenalan: Ketua Pemuda UMNO Kemaman”
  1. kukarim berkata:

    Tahniah pemuda Kemaman

    Baru kini nampak muka.

    dah lama sy mencari muka org kampong ku ni !!!

    teruskan usaha anda!

  2. pu3 kbg krs berkata:

    syabas pmuda umno kmn……………..

  3. X Pemuda Kuala Kemaman berkata:

    The person who achieved their goal had a VISION that MOTIVATED them.
    A vision that motivates is the standard constant for success across all social classes and/or lifestyles. It does not matter how many years a person spent in classrooms, a motivating vision is the common denominator for achievement. President Abraham Lincoln never went to school; he became President because he had a vision that motivated him. In addition, his vision was so powerful that it motivated everyone around him and that energy motivated the country.
    FIKIR FIKIRKAN LAH..

  4. X Pemuda Kuala Kemaman berkata:

    syabas dan tahniah

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.