Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Kemaman 2009/11

Pemuda UMNO Kemaman 2009/10* Klik atas gambar untuk besarkan

Pengumuman & Luahan Perasaan Anda

Alhamdulilah, Terima Kasih Pemuda

Hanya syukur, ‘Alhamdulilah’ dapat diluahkan kepada Allah SWT. Hanya setinggi-tinggi penghargaan dapat diucapkan kepada Pemuda UMNO kerana menyelesaikan kisah “cinta Lombok” yang memisahkan anak mereka.

Episod ‘Cinta Lombok’ sekali lagi diselesaikan oleh Biro Pengaduan Pemuda Umno yang membawa pulang Rosnah Abu Bakar ke pangkuan keluarganya di sini setelah lebih tiga tahun mengikuti kekasihnya ke daerah Indonesia itu.

Keluarga Abu Bakar Aziz, mandur sebuah ladang kelapa sawit di sini, berterima kasih kepada UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu khususnya Ketuanya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan Ketua Pemuda Bahagian itu, Mustafa Kamal Shaikh Ismail, kerana mengambil inisiatif membawa pulang Rosnah.

Baca lagi »

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman

Dengan sukacitanya menjemput semua

ke

MAJLIS PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

1431H / 2010M PERINGKAT DAERAH KEMAMAN

Perasmian Oleh

YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said (Menteri Besar Terengganu)

pada 13/3/2010M bersamaan 27 Rabiul Awal 1431m (Sabtu)

Pukul 7.00 pagi di Taman Bandar Chukai, Kemaman

Pemuda turun padang

Perlawanan persahabatan di antara JK Pemuda UMNO Bahagian Kemaman
menentang Pemuda UMNO Peringkat 4, Bandar Baru Ceneh.

Laporan bergambar seterusnya klik di sini….

Isu Nama ALLAH: Makin ramai yang memberi respon.

Sumber asal: tunfaisal.blogspot.com

Kumpulan Facebook `Menentang Penggunaan nama Allah oleh Bukan Islam’ yang baru dibuka tidak sampai tiga hari telah mengumpulkan sejumlah 19,000 orang pengikut sehingga jam 700 malam tadi.

Alhamdulillah, nampaknya semangat jihad umat Islam masih lagi kuat. Kefahaman tentang fiqh keutamaan juga masih kukuh, justeru perbezaan fahaman politik, keturunan dan latar belakang diketepikan. Hari ini semakin ramai yang bertindak melakukan sesuatu; baik menulis di dalam blog, berceramah, membuat laporan polis, menghantar memorandum dan berkumpul menunjukkan bantahan, hatta yang paling mudah, iaitu memberi komen menyokong jihad ini di Facebook. Masing-masing mempunyai peranan; apa yang penting adalah kesungguhan untuk menyumbang sesuatu dalam jihad ini dan semangat untuk menunjukkan solidariti ummah!!!

Hari ini saja terdapat sejumlah bantahan berlaku di beberapa tempat dalam negara. Seperti yang dilaporkan oleh TV3, Pemuda UMNO Pulau Pinang dan sejumlah NGO telah menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang pagi tadi. Baca lagi »